Friday, February 11, 2011

PERSIAPAN SEBELUM PERGI “NGAYAU”


Sebelum semua pahlawan perang suku kaum Dayak Iban pergi “ngayau”, semua pendduduk di rumah panjang tersebut hendaklah terlebih dahulu memberitahu semua penduduk rumah panjang Iban yang tinggal berdekatan atau di sepanjang sungai di kawasan berkenaan yang mana mereka adalah mempunyai tali persaudaraan atau persahabatan baik dalam kesenangan atau kesusahan bahawa satu mesyuarat khas untuk mengadakan ekspedisi “ngayau” akan diadakan oleh Ketua Kayau mereka.
Setelah selesai segala mesyuarat persiapan untuk pergi “ngayau” semua penduduk yang terlibat akan bekerjasama untuk membuat perahu perang yang dikenali sebagai “Perahu Kayau”. Perahu tersebut diperbuat menggunakan kayu yang tahan lasak untuk espedisi itu dan sais nya hendaklah sesuai mengikut seberapa banyak pahlawan perang yang akan pergi menyertai perang tersebut. Mereka juga menyiapkan diri dengan membuat beberapa senjata untuk berperang seperti parang Iban yang dikenali sebagai “Ilang” dan “Nyabor”.
Mereka juga membuat perisai yang diperbuat daripada kayu yang ringan sereta kering supaya senang dibawa berjalan semasa menyerang pihak musuh. Mereka juga membuat sumpitan yang diperbuat daripada kayu “Tapang” atau daripada jenis kayau yang tahan lasak supaya mereka boleh membunuh pihak musuh daripada jarak jauh tanpa disedari berdasarkan kekuatan mereka melepaskan sejenis anak panah yang dikenali sebagai “Laja” yang telah siap sedia diperbuat daripada objek yang tajam dan telah digauli dengan racun ular berbisa seperti ular tedung atau belalang dan getah kayu ipoh.
Setelah segala persiapan tersebut siap dan mereka terus mengadakan mesyuarat untuk menentukan tempoh bila masa yang seuai dan juga ke mana arah tuju mereka hendak pergi “ngayau” itu nanti. Seminggu sebelum mereka pergi “ngayau” semua kaum wanita di kawasan rumah panjang tersebut telahpun menyiapkan segala persiapan untuk mereka mengadakan persemahan kepada  tuhan atau dewa yang mereka percaya boleh membantu menjayakan serangan itu nanti.
Orang yang lelaki akan pergi berburu mencari binatang dan juga menuba ikan di sungai berdekatan supaya mereka mempunyai bekalan makanan yang mencukupi untuk anak isteri mereka yang tinggal di rumah panjang itu sepanjang tempoh mereka pergi berperang. Mereka juga pergi mencari tangkal dan azimat daripada sanak saudara yang tinggal berdekatan supaya mereka berjaya dalam ekspedisi “ngayau” nanti..
Sehari sebelum mereka pergi berperang, mereka akan memasak nasi pulut lemang yang mana nasi tersebut akan menjadi bekal makanan mereka sepanjang masa perjalanan ke tempat yang hendak diserang. Pada malam sebelum mereka pergi berperang, mereka akan berkumpul di rumah panjang tersebut di ruang tamu “Tuai Kayau” iaitu ketua perang tersebut untuk mengadaakan uoacara semahan kepada tuhan dan dewa yang mereka percayai boleh membantu mereka dalam eksepedisi “ngayau” itu nanti. Mereka juga akan memuja segala azimat dan tangkal yang digunakan untuk berperang pada upacara berkenaan.
Semasa upacara berkenaan “tuai kayau” dan dibantu oleh beberapa orang bomoh dan dukun berkebolehan akan memilih semua lelaki yang menawarkan diri hendak pergi menyertai ekspedisi itu kerana takut sekira nya mereka bukan lelaki yang terpilih, mereka akan mati atau mendapat susah semasa dalam peperangan itu nanti. “Tuai Kayau” juga akan memilih mana lelaki yang boleh dilantik sebagai ketua atau pengawal kepada anak isteri mereka yang tinggal di rumah panjang sepanjang tempoh yang ditinggalkan mereka berperang nanti, kerana mereka juga takut bahawa rumah panjang mereka akan diserang oleh pihak musuh yang lain.
Semasa upacara membuat semahan dan pemujaan ke atas dewa, tuhan yang mereka percayai, azimat dan tangkal yang mereka miliki dan juga perkara yang lain dan dipercayai boleh membantu menjayakan serangan itu nanti, maka mereka akan menyediakan semahan yang dikenali sebagai “Piring” berupa bahan-bahan seperti dinyatakan berikut :

  1. Tujuh pinggan nasi pulut,
  2. Tujuh pinggan “Tumpe” yang diperbuat daripada beras bercampur dengan beras pulut,
  3. Tujuh pinggan “Rendai” iaitu padi yang digoreng kering seperti pop corn,
  4. Tujuh biji telur ayam,
  5. Satu talam besar tempat menyimpan :  (a) Sirih, (b) Daun Engkelait, (c) Rokok yang diperbuat daripada daun nipah, (d) Kapur, (e) Buah Pisang, (f) Tembakau, (g) Tujuh biji ketupat yang diperbuat daripada beras pulut hitam, 
    6.   Satu pinggan kueh penjaran, kueh cap dan kueh jala,
    7.   3 pasang “Keresang” iaitu buloh yang telah dianyam segi empat seperti bakul
          dan juga ada yang di potong dibahagian atas buloh itu dan dianyam seperti
          mangkok sebagai tempat menyimpan “Piring”,
  1. Dua ekor babi tidak kira ia lelaki atau betina,
  2. Satu “Antu Pala” iaitu tengkorak kepala manusia yang telah dipenggal semasa mereka berjaya mengalahkan pihak musuh dalam ekspedisi “ngayau”,
  3. Air tuak iaitu sejenis minuman yang dibuat menggunakan ragi dan beras pulut,
  4. Sebiji buah kelapa,
  5. Sehelai kain yang dijadikan sebagai bendera untuk pergi berperang “ngayau”.
Pada malam tersebut semua lelaki yang telah dipilih untuk menyertai ekspedisi “ngayau” akan diarah duduk berkumpul di ruang tamu “Ketuai Kayau” dan akan makan malam bersama-sama. Setelah upacara membuat sembah “Piring” sebanyak tujuh pinggan siap, maka “Ketuai Kayau” akan memilih seseorang yang telah dilantik untuk membuat pemujaan menggunakan jampi serapah keatas “piring” tersebut dengan menghayunkan seekor ayam diatas “piring” itu.
Ayam yang telah diguna dalam upacara pemujaan itu juga akan dihayunkan diatas kepala semua lelaki yang terpilih untuk menyertai ekspedisi “ngayau” itu sebanyak tiga kali setiap seorang, dan berdoakan mereka akan berjaya dalam serangan itu , sihat dan dilindungi daripada sebarang mala petaka sepanjang perjalanan nanti. “Tuai Kayau” terus membuang ai tuak yang diterima nya kepada tuhan atau dewa mereka sebanyak tujoh kali, kerana mendoakan tuhan dan dewa itu akan menjaga mereka dari sebarang kesusahan dan menjayakan ekspedisi “ngayau” itu nanti.
Erti nasi pulut itu dalam bahan-bahan “Piring” ialah mendoakan semua pahlawan perang yang menyertai ekspedisi itu akan bersatu hati dan bekerja sama menjayakan “Ngayau” itu nanti. Dan juga erti mereka meminum serta menggunakan ai tuak semasa upacara “Miring” ialah suapaya semua pahlawan perang yang pergi “Ngayau” itu bertenaga dan sanggup berperang mati-matian menentang musuh. Erti mereka “Miring” menggunakan “Tumpe” itu ialah membayangkan bertapa setia nya mereka kepada “Tuai Kayau” dalam serangan itu. Erti mereka menabur “Rendai” ialah membayangkan bahawa dewa atau tuhan suku kaum Dayak Iban dari benua Panggau Libau akan datang membantu mereka dalam serangan itu. Dan juga erti rokok yang diperbuat daripada daun nipah, sirih, serta bahan-bahan “piring” yang lain akan disimpan dalam lima bahagian yang lain, dan disimpan dalam “Keresang” dan diletakkan ditiang sri (utama) rumah panjang tersebut atau ditempatkan mereka ditiang ‘Ranyai” iaitu pokok yang diletakkan di tengah-tengah rumah panjang tersebut dimana dibawah pokok itu akan diletakkan semua azimat dan tangkal untuk berperang disimpan supaya dewa dan tuhan mereka yang datang dari benua Panggau Libau yang dipanggil melalui jampi serapah oleh bomoh atau dukun semasa upacara “Miring” itu nanti mengetahui bahawa orang di rumah panjang berkenaan memerlukan bantuan dan kehadiran mereka dengan segera.

No comments:

Post a Comment